Tuesday, 17 November 2015

Teraju Utama LSSOC 2015

Web Counter

Sessi 2015 menyaksikan Saudara Wan Sapporo mengambil alih tugas sebagai presiden LSSOC sejak awal tahun lagi. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menerajui kelab kereta jahat ke level yang lebih mencabar. 

Tanhiah Wan Sapporo. Cabinet bayangan bakal diketahui kelak.

Mantan presiden, Saudara Hakiem telah diundi oleh majlis syura sebagai mursyidul umum kelab ini.

Majlis syura a.k.a Council of the Eldest di anggotai oleh anggota anggota yg sudah pencen. Individu individu yang diketahui cuma ayahanda Syuk Lamda dan Encik Ayob Z. Manakala ahli majlis yang lain harus disembunyikan identiti mereka.

Gwe anyway, masih lagi di posisi lama, yaani tukang tulis alam maya..




Saturday, 25 April 2015

Kereta Jahat yang Berparut

Parut Kejahatan.

Long time friendship tapi tak pernah jumpa. Rasanya sejak blog ini mola dibuka dulu kot. Nak tulih apa lagi ek?



Thursday, 16 May 2013

Inisiatif Orang Lama

Informasi terkini tentang Mitsibishi Lambda dan Sapporo boleh diperolehi di link di bawah. Page ini dikelola oleh To' Ketua Squad Kereta Jahat yang baru iaitu saudara Hakim yang menang besar di DUN Kulim Bandar Baru baru baru ini. 

Tahniah YB



Sunday, 30 December 2012

To' Ketua 2013

PRU ke 13 bakal muncul pada 13 March 13 nanti. Sesuatyang ajaib bakal berlaku. Pada hemat aku tuan Lambdaspin layak menjadi peminpin baru Squad Kereta Jahat Se-Malaysia. Beliau bijak berdeplomasi dengan mana mana ketua kumpulan gelap mahupun terang. Selain memiliki Lambda hijau putih yang tergagah, beliau tak kenal erti jemu dengan kejahatan.

Pakar rujuk di kelab kelab ternama serta mempunyai karisma tersendiri maka layaklah beliau memimpin squad ini. Yang penting aura kejahatannaya berjaya menggamit mai lambda dan sapporo yang terbiar untuk terus bangkit.

Sekelumit Halangan?

Ada beberapa sebab perpecahan terjadi. Dulu dulu, dalam 4-5 tahun dulu, pemilik pemilik kereta oldskool bernaung di bawah beberapa forum yang muktabar. Antaranya olskool.org, cccm, kkl, retrosyndicate, classic ford Malaysia. Aku sekadar menyebut beberapa forum yang aku ingat dan pernah join untuk beberapa tahun. Di bawah naungan ini terdapat group group kecil yang bergiat atas spesis sama jenis, sama maker, sama enjin atau sama lokasi. Kewujudan Squad Kerata Jahat Se-Malaysia pada mulanya bukan di bawah naungan mana mana forum. Walau bagaimana pun, dengan berkat forum lah kelab ini berkembang and turut mengenali rakan rakan baru. Ahli yang aktif berjaya mempromosi kejahatan kereta kereta ini. Wah, atas faktor kejahatan lah kereta ini mendapat nama.

Pada peringkat permulaan dalam tahun 2007/2008, kelab ini pernah mencatatkan lebih dari 30 orang ahli. Tu 5 tahun dulu. Sekarang aku pasti semakin banyak yang telah menyertai zaman kebangkitan. Walau bagaimana pun beberapa member rapat yang selama ini bergiat aktif semakin hari semakin renggang atas faktor peribadi. Aku? Aku pindah jauh nun di sebalik lautan sana. Yang lain? Member lain ada yang berpindah jauh, berpoligami tapi tak berupaya adil. Maka kasihan lah si bini lama yang tak diadili selayaknya. Biasa la dapat kereta baru kereta lama ditinggal tinggalkan.

FB jugak menjadi pemangkin perpecahan. Tiba tiba ahli forum ghaib buat seketika. Ketua ketua clan forum mewujudkan group group baru di FB. Bukan satu dua yang muncul, tapi banyak sekali sehingga aku pun jadi malas jugak. Mula mula aktif, tapi bila kewujudan pm pm dan message yg banyak sekali, maka terasa berat nak melayan. Ramai kangkawan baru aku kenal tapi tak kenal... Ajaib bukan. Sepatutnya cukuplah sekadar berkenalan atas dasar kereta lama. Tapi FB membuatkan perkara yanag lebih peribadi turut dikongsi bersama orang lain yang kenal tapi tak kenal. Maka rojak pasembor lah FB aku sekarang ni... Apa pun... ni sebahagian masalah aku la... yang membuatkan aku malas nak update apa apa berkenaan kereta lama... biarkanlah FB aku membosankan sebegitu rupa..

Apa pun kereta jahat tetap kereta jahat. Sudi sudilah email ke aku update kereta kalian. Ada masa dan mood tengah ok aku tempek kat blog ni..

Nah kenangan terindah..

2008











.
.
2009













.
.
Esok masuk 2013 jeng jeng jeng.