Thursday, 16 May 2013

Inisiatif Orang Lama

Informasi terkini tentang Mitsibishi Lambda dan Sapporo boleh diperolehi di link di bawah. Page ini dikelola oleh To' Ketua Squad Kereta Jahat yang baru iaitu saudara Hakim yang menang besar di DUN Kulim Bandar Baru baru baru ini. 

Tahniah YB



Sunday, 30 December 2012

To' Ketua 2013

PRU ke 13 bakal muncul pada 13 March 13 nanti. Sesuatyang ajaib bakal berlaku. Pada hemat aku tuan Lambdaspin layak menjadi peminpin baru Squad Kereta Jahat Se-Malaysia. Beliau bijak berdeplomasi dengan mana mana ketua kumpulan gelap mahupun terang. Selain memiliki Lambda hijau putih yang tergagah, beliau tak kenal erti jemu dengan kejahatan.

Pakar rujuk di kelab kelab ternama serta mempunyai karisma tersendiri maka layaklah beliau memimpin squad ini. Yang penting aura kejahatannaya berjaya menggamit mai lambda dan sapporo yang terbiar untuk terus bangkit.

Sekelumit Halangan?

Ada beberapa sebab perpecahan terjadi. Dulu dulu, dalam 4-5 tahun dulu, pemilik pemilik kereta oldskool bernaung di bawah beberapa forum yang muktabar. Antaranya olskool.org, cccm, kkl, retrosyndicate, classic ford Malaysia. Aku sekadar menyebut beberapa forum yang aku ingat dan pernah join untuk beberapa tahun. Di bawah naungan ini terdapat group group kecil yang bergiat atas spesis sama jenis, sama maker, sama enjin atau sama lokasi. Kewujudan Squad Kerata Jahat Se-Malaysia pada mulanya bukan di bawah naungan mana mana forum. Walau bagaimana pun, dengan berkat forum lah kelab ini berkembang and turut mengenali rakan rakan baru. Ahli yang aktif berjaya mempromosi kejahatan kereta kereta ini. Wah, atas faktor kejahatan lah kereta ini mendapat nama.

Pada peringkat permulaan dalam tahun 2007/2008, kelab ini pernah mencatatkan lebih dari 30 orang ahli. Tu 5 tahun dulu. Sekarang aku pasti semakin banyak yang telah menyertai zaman kebangkitan. Walau bagaimana pun beberapa member rapat yang selama ini bergiat aktif semakin hari semakin renggang atas faktor peribadi. Aku? Aku pindah jauh nun di sebalik lautan sana. Yang lain? Member lain ada yang berpindah jauh, berpoligami tapi tak berupaya adil. Maka kasihan lah si bini lama yang tak diadili selayaknya. Biasa la dapat kereta baru kereta lama ditinggal tinggalkan.

FB jugak menjadi pemangkin perpecahan. Tiba tiba ahli forum ghaib buat seketika. Ketua ketua clan forum mewujudkan group group baru di FB. Bukan satu dua yang muncul, tapi banyak sekali sehingga aku pun jadi malas jugak. Mula mula aktif, tapi bila kewujudan pm pm dan message yg banyak sekali, maka terasa berat nak melayan. Ramai kangkawan baru aku kenal tapi tak kenal... Ajaib bukan. Sepatutnya cukuplah sekadar berkenalan atas dasar kereta lama. Tapi FB membuatkan perkara yanag lebih peribadi turut dikongsi bersama orang lain yang kenal tapi tak kenal. Maka rojak pasembor lah FB aku sekarang ni... Apa pun... ni sebahagian masalah aku la... yang membuatkan aku malas nak update apa apa berkenaan kereta lama... biarkanlah FB aku membosankan sebegitu rupa..

Apa pun kereta jahat tetap kereta jahat. Sudi sudilah email ke aku update kereta kalian. Ada masa dan mood tengah ok aku tempek kat blog ni..

Nah kenangan terindah..

2008











.
.
2009













.
.
Esok masuk 2013 jeng jeng jeng.

Tuesday, 23 October 2012

Masih adakah lagi Squad Kereta jahat Se-Malaysia?

Web Counter

Payah nak habag kat hampa pasai ni. Mungkin kelab ini masih bergerak diam diam. Mungkin juga dah berpecah. Mungkin juga ada ahli yang bergerak solo dan aktif dengan kelab kelab lain. Namun yang pasti kita bisa saja berkumpul dan berhimpun kembali tatkala panji panji kereta jahat dikibarkan dan nobat dipalu. Wuhhuuuu Kereta Jahat.

Pandai betul aku dok merapu no! Dan pada ketika ini aku berada di negara jiran untuk beberapa tahun. Syuk nampak gaya akan pulang ke kampung halaman. Bukan di Klang Valley lagi. jadi ke mana pula kereta kereta jahat ini nak disembunyikan?