Monday 25 February 2008

Non Kereta Jahat Edition

Break Jap!

Kerja design kereta jahat memang agak berat dan makan masa. Untuk ringan ringan aku design logo bila free. Sebenarnya aku suka buat kerja kerja design. Selain dari design cover majalah, aku juga design logo seperti yang ada ni ha...


Terajutara Resources (M) Sdn Bhd



Taiaha Technologies Sdn Bhd



Noveline Sdn Bhd



Malaysianiser Sdn Bhd


LSSOC: logo mula mula


Lambda, Sapporo, Starion Owners' Club



Regards,

djenrelle syndicates

djenrelle@gmail.com

Overhaulin' Kereta Jahat: Wheather Seal & Dashboard

Door Seal
Ya betul... memang susah nak cari replacement untuk wheather seal untuk kereta kereta tua dan kereta kereta model ortodox. Kalau di ebay, rare spare, etc pun memang 
agak payah nak dapat. Kalau dapat pun delivery mungkin menjadi satu masalah juga. Jadi apa yang perlu anda buat? Senang saja jadilah seseorang yang creative. Beli yang universal dan buat uji kaji sendiri.

Kereta jahat aku ni memang jenuh la nak cari spare. Last last aku jumpa universal door seal/door trim yang dijual ikut panjang ynag diperlukan. Kat KL aku tak jumpa lagi mana dapat nak benda ni . Kat Alor Setar adaaa.... Kalau mau cari barang lama pun ada... mai jangan tak mai. Ada di jual di  dua bijik kedai barang kereta ortodox kat area stesen keretapi Alor Setar/ panggung wayang lama yang jual rare spares.


Potong betul betul...

Nindia... dua contoh yang aku beli. Terdapat beberapa jenis rubber seal yang boleh didapati di pasaran untuk dipadankan dengan pelbagai jenis bentuk kereta. Untuk model Lambda jahat ni, aku guna dua jenis yang macam dalam gambar.. Hasilnya memang neat and tidy la wa cakap lu.... Lebih baik dari yang asalnya. Masa aku beli harganya tak lebih RM2.00 sekaki. Berani... Cuba la!

Dashboard
Memang la... kalau dah tua bangka memang banyak barang dah jadi kerepot. Dashboard aku tidak terkecuali. Layer atas dah keras and pecah pacah. Memang nampak jahat dah uduh gila dashboard tu. Jawabnya, aku balut sendiri. Walau bagaimanapun kesabaran yang tinggi diperlukan untuk kerja kerja ini. 
Cantik gak kerja tangan aku ni. Tapi kat bahagian ujung ujung agak payah nak dapat finishing yang cun. Lipatan pvc ternampak juga nampak gayanya. Tapi terselindung di celah pintu.


Apa macam...?

Nasihat dari aku! Selapas balut, sila cepat cepat pasang balik jangan dok simpan tang mana mana. Hampa tau? Payah payah aku balut selama ni, last last kena cakag dek kucin jahat orang sebelah. Chisssssss....


Nampak dak cakaran si kucin lahabau?



Untuk disewa filem filem kerata jahat sahaja!
djenrelle@gmail.com