Wednesday, 15 December 2010

Ganteng sungguh Lambda ni... Nak dijual pulak tu..






































Price: RM 28 000 Reg. year: 1980 or older
Mileage: 140 000 - 149 999 Make: Mitsubishi
Model: Others Transmission: Manual
Engine Capacity: 1800 cc
Accessories: Solar Film, CD Player

salam...kete nak jual...spot classic..kete kesayangan aku nk jual sbb nk guna duit..kete ok sangat lagi...body baru jer buat..cat baru..spot rim 17 3pic..kete ni mmg aku syg..tp kerana nk guna duit terpaksa jual..harga bleh ruding lagi...

zambri

http://www.mudah.my/Mitsubishi+lambda+tip+top-7968043.htm

15-Dec-2010

Sunday, 31 October 2010

.... in My Rides Magazines

Latest in My Rides Magazine Volume 16; November 2010.



Chin's Starion of Unique Esthetique.
My Rides Magazines is published monthly featuring solely oldskool & classic machines.

Saturday, 4 September 2010

Lambda in My Rides Magazines

Ada sebijik lambda kawan kita keluar majalah My Rides September punya issue. Kalau nak kira, memang lambda ni selalu keluar majalah sejak dulu lagi. Pi la cari santapan minda anda kat kedai berhampiran.

My Rides Magazine is in oldskool & classic scenes. They support Malaysia's oldskool & classic fans and enthusiasts. So let's support each other yah!

Tail Light Wanted

Assalamualaikum, Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya.

Ada sahabat kita mencari tali light Sapporo yang macam ni... tolong ya..

Sunday, 27 June 2010

Yo Kereta Jahat Yo!

Another one on da way....

Jom gegarkan karnival oldskool terbesar di Malaysia lepas raya tahun ni... Aiming to register in the Malaysia Book of Records.... Be prepared!











Sunday, 20 June 2010

2010: Thie Rise of Lambda & Sapporo Continues

Aduhai..! Rasanya kereta jahat ni yang paling menyerlah bila da siap nanti. Masa aku mula mula jumpa Hakiem ni dulu dia rambut pendek. Nampak skima sikit. Terakhir aku jumpa masa Karnival KKL dia da berambut panjang. Nampak macam rocker Malaya pun ada. So ngam la gu dia bersama Lambda jahat yag beliau miliki. So this is sneak view a car of his. Nak tengok lebih lebih hampa buleh turun Kulim atau join KKL.
Ramai yang tengah dok make up balik tu. Cuma main sorok sorok. Nanti bila dah siap, LSSOC akan buat lagi persidangan meja bulat seterusnya  ke medan perang kita bertemu. Hail ya Kereta Jahat Se-Malaysia
 Nanti aku preview Sapporo dari Gua Batu pulak... 






Saturday, 19 June 2010

Saturday, 22 May 2010

Sapporo Mie Dah Ensem, Kereta Hampa Bila Lagi Oit?


Kereta jahat mesti mau cantik maa! Yang selebet tu tak berapa jahat namanya. Macam Marlon Brando. Ketua jahat mesti mau kemas segak tampan bergaya. Yang roplah jingga cuma konco konco bawahan.








Saturday, 8 May 2010

www.kuasakuda.com




Ramai yang tertanya tanya kemana hilangnya www.kuasakuda.com. Aku jugak risau kot kot site ni lenyap terus. Tapi Insyallah lah, aku cuba hidupkan kembali site ni as soon as possible. Bagi yang mengambil kisah, www.kuasakuda.com sedang berpindah hosting. Masalah birokrasi wujud di sini. Aku terpaksa mengharapkan pertolongan rakan bagi merealisasikan perpindahan. Tapi itu la.... terpaksa bertolak ansur dengan masa.

Pendekar Sapporo dari Gua Batu

Sapporo ni dah lebih lebih tiga tahun bertapa di gua batu. Gua caya sama lu Yob.... Pertapaan oldskool ini dah masuk stage ke tiga. Peringkat ini cuma menunggu persalinan laksamana kependekaran. Kalau dalaman dah kental luaran juga perlu seiringan. Dalaman masih mengekalkan semangat oldskool sejati. Biarpun rakan seperjuangan yang lain dah beralih arah ke turbo dan teknologi baru, namun tradisi lama dibuang jangan. Karena kuasa sejati datangnya dari raw power dan bukannya kuasa bantuan turbo.

.... maka ini baru dinamakan semangat oldskool tahap delapan syair si pari pari!
real car rear drive bebeh!







Friday, 7 May 2010

Knight Rider

Aku pasti korang pernah dengar hikayat kereta lembu dari Melaka kan? Ya la... siap di buat lagu dan lagu ni dah jadi lagu oldskool siulan segenap generasi di Malaysia. Tapi tu baru kereta lambu beb. Ni ha Sapporo dari Melaka ni. Gila cencaluk wa cakap lu. Memang terliur kalau nampak cencaluk Melaka, so cam tu jugak la kalau aweks aweks tengok Sapporo ni... Lencun luar dalam beb...!

Saturday, 1 May 2010

Cikakak Betul P1

Cilakak betul wimax.. Servis cam taik lagi mau suruh orang baya... sudah la... nak potong, potong la. Aku dah complain byk kali lagi mau kelentong... Bukan kena kat aku sorang. Member aku yg intro kat aku dulu pun tak potong p1 sial ni... 

Ni  report number yg aku pernah dapat. Ada lagi complain yg aku tak mintak report number...

434036 - hadri
439329 - 
470789 - 26/1/10

Modem tak guna (R) pun masih tergantung kat tingkap aku. Sapa mau modem tak guna ni email ke aku.
pree of cassss


P1 Wimax Tak Guna (R) 

Sunday, 4 April 2010

Mie-tsubishi Sapporo

Saporro ni masih dalam proses recondition. Tak sabar aku tgu kereta ni siap. Dah beberapa show dia tak datang. Terakhir, dah siap cat kot. Papepun tgu la... Nah baca kat sini hikayat Mie-tsubishi Sapporo dari negeri Melaka.

Mie Sapporo











Friday, 12 March 2010

Kereta Jahat @ Karnival Kelab Kereta Lama






Lambda & Starion yang hadir. Sapporo tak muncul juga.
Paling best ada sebijik Lambda oren yang merajuk...






Wednesday, 24 February 2010

Karnival Kelab Kelab Kereta Lama

Karnival KKL will be held this Saturday, 27 Feb 2010 bersempena awwaalul tahun tiger. Dijemput, adik adik, kakak kakak, abe abe, atuk atuk, ibu ibu, bapak bapak datang memeriahkan karnival ini. Payah nak jumpa gathering kereta lama woooo...

Tempatnya di sini....



Detail here
http://keretalama.freeforums.org/karnival-kkl-f45.html

Drag Event

1.Syarat Event
 8 team akan berentap.
 setiap team ada 8 org
 4 dok dalam 4 dok tukang tolak
 setaip team bebas nak pilih atau tukar2 sapa jadi driver,tukang tolak atau sbgainya...
 jarak race hanya 2 tiang dlm jarak 50 meter...
 start dari pintu masuk utama mengarah keblakang..
 Juri akan mengambil masa
 hanya 1 biji keta digunakan.
 Kereta akan disediakan
 acara akan bermula 930 pagi
 2 team yg mencatat masa terpantas akan berentap sekali lg jam 2ptg
 penumpang dibelakang diwajibkan bersorak kpda si penolak.(jgn dok dlm keta mcm boss)
 borang akan disediakan dan sila serahkan kepada AJK (poknik) sebelom 9pagi
 8 borang terawal shj akan diterima

2. AJK Drag..
 3 dok depan(pastikan kedudukan kete tgh2 track,pastikan kete tak lebih line  starting n tukang lepas kete dan tukang update catatan masa setiap team
 1 dok tgh(nak kawal penonton takut ada yg tak sedar dah masuk track dan
memantau peserta)
 3 dok blakang ( 2 penjaga masa dan 1 backup penjaga masa merangkap rider kete utk bawak kete ke starting line smula dan juga membawa result/catatan masa ke pada ajk yg dok kat depan..)
 pendi n mamat akan ditugaskan sbg pencatat masa


Anugerah Acara Kereta
1. Kereta Paling Stendard (Stock Car)
2. Kereta Paling Rare
3. Interior Kereta Paling Cun
4. Kereta Berkonsep JDM (Most JDM Car)

Judges:
Mamat dan Fendy Dari KKL
3 Juri Import.

Cabutan Bertuah:
1. Setiap Kereta akan diberi Ketas bernombor yg diwajibkan letak diatas dashboard
2. Cabutan bertuah akan diundi base on number kertas itu
3. Lima tempat cabutan bertuah disediakan.

Kereta Icon Event
1. Juri akan memilih 10 kereta terpilih untuk undian.
2. Semua peserta boleh mengundi kereta idaman mereka diantara 10 ni.
3. Undian akan dibuka pkol 10pagi.
4. Undian ditutup pkol 1 ptg.

Orang orang penting karnival KKL

1. Apoi - Parking/Drag Event
2. Bakat - Parking /Drag Event
3. Trashed - Parking/Penginapan/Drag Event
4. Fendy - Judge/Drag Event/Penginapan
5. Mamat - Judge/Drag Event
6. Poknik - Ketua Drag Event
7. Amar - Cameraman
8. Aidil - Penyertaan/Pintu Masuk
9. Roy - Jualan/Kebersihan
10. Pak Ali - Kebersihan/Drag Event
11. Akmal - Jualan/Kebersihan
12. Amin - Event Aturcara
13. Ril - Makanan/Jualan
14. Juzza - Penyampaian hadiah
15. Ijad - MC/PR/Event aturcara

Friday, 19 February 2010

Lambda Face Off

Hey, this guy just few yards next to my door. It's Mat's Mustang look face off Lambda. Very powerful and could be the most powerful lambda of all.