Tuesday, 8 January 2008

Kereta Jahat Part II - Evolusi Galant

Pada tahun 1976, generasi ketiga Galant (Sigma) adalah coupe version, iaitu kereta jahat aku la; Mitsubishi Galant Lambda.  Dua tahun kemudian model dah populer di Eropah dan dikenali dengan Mitsubishi Sapporo. Di England pula mat saleh di sana memanggil Colt Sapporo.

Chrysler yang memiliki share Mitsubishi pada masa tu menjual model model ini sebagai Dodge Challenger dan Plymouth Sapporo. Mamat Australia pula menggelar Si Tua ini Chrysler Scorpion kemudiannya Mitsubishi Scorpion.

Model model selepas 1981 dikenali dengan nama Galant Sigma atau Sapporo Type II. Kemudian, model empat pintu dilancarkan. Maka lama kelamaan menjelmalah Galant seperti yg ada sekarang ini.

Nama Glamer:
Mitsubishi Sapporo
Mitsubishi Scorpion
Chrysler Scorpion
Colt Sapporo
Dodge Challenger
Plymouth Sapporo

Engine dan CC:
4G32       1.6 L I4
4G52       2.0 L I4
4G54       2.6 L I4
4G63T    2.0 L I4 turbo


ni member aku Syuk yang punya... bukan Ahmad Albab...


sebelum disolek..


from Kelantan...


dimension...


dari Sri Gombak... kemungkinan besar untuk dijual...

Jika di negara US term Muscle Car memang menggila. Tak kira tua, muda, jantan, pondan, etc memang menggilai muscle car. Di Malaysia kalau aku nak menggelar muscle car rasa macam poyo je... Mana nak cari kereta berCC besar. Yang 3.0 pun susah kecuali utk jentera lain. Oleh yang demikian aku panggil saja Kereta Jahat. Walaupun CCnya kicik namun model ini mewarisi DNA muscle car dari Plymouth.

Kejahatan sesebuah kereta bukanlah terletak pada bentuknya semata mata. Kereta jahat pada aku haruslah RWD. Real car rear driven bebb... Selain itu rim mangkuk yg lebar di belakang juga adalah aksessori 
Si Jahat ini. Waduh waduh.... susah jugak tulis blog ini ya... Nanti aku karang pula ciri ciri kereta jahat
dengan lebih terperinci.

coming up next:
LSSOC
bengkel cat di Bangi
mamat body work dari Banting
restorasi yang aku buat..

Aku sekarang sedang mencari gearbox sesuai untuk dipadankan dengan V6 twin turbo. Kurang berminat ngan 4G63 atau engine dari jenama kereta yg lain. Walau bagaimanapun research aku belum punya keputusan muktamat lagi.

2 comments:

  1. Abang2 semua, respect to all of u..
    good job to preserve this beauty...
    n to bring up this club..
    saya tak ada jodoh dgn keta jenis ni...
    dah tengok tapi tak jadi beli...
    akaun no. owner dah mintak, tapi finally tak jadi ambik keta ni...
    hopefully got one oneday..
    cheers..

    ReplyDelete
  2. PEH!!smart arh....brader sumer...saya ingat takda dah keter ni kat mALAYSIA..dulu bapak saya ada..tapi eksiden...dia sayang giler keter tu...tapi sparepart susah cari..mudguard tak jumpa..dia terus jual kat orang dan orang tu pun scrap!!!ada sesapa nak jual ke saporro ni??brapa ribu???leh wat suprise kat bapak aku!!!

    ReplyDelete