Monday, 7 January 2008

Kereta Jahat



Aku beli kereta jahat ni atas beberapa sebab. Ya laaa... sebab nampak jahat secara fizikalnya. Keduanya sebab binatang ni adalah jentera RWD yang menjadi kegilaan mamat mamat drift masa kini. Selain itu dengan statusnya yg tua bangka seusia 30 tahun dan mempunyai sejarah sebagai kereta sport atau coupe di zamannya.

Walaupun dah tua bangka, binatang ini masih gagah perkasa lor... Kalau di internet, model ini dikenali sebagai Mitsubishi Sapporo. Namun di Malaysia ada 
yang panggil Lambda. Aku tau binatang ini tidak disukai cewek cewek kerana bentuknya yang 
agak ortodok. Tapi yang penting aku suka binatang jahat ini...



Model jahat ini dikeluarkan pada tahun 1978 dengan nama rasmi di atas geran; Mitsubishi Galant GSR 2000 Coupe. Di US ia dipasarkan dengan jenapa Plymouth Sapporo, Chrysler 
Sapporo atau ntah apa apa lagi Sapporo la...

Nanti bila bila free aku tulis pulak cerita tentang kelab LSSOC dan variasi modifikasi yang biasa di lakukan untuk model ini. Tapi sebelum tu .... nah amik ni photo photo menarik kelab aku ni... dan aku bisa emailkan photo photo yang lain jika anda post comen anda tentang model ini kat blog yg baru aku bua ni. Aku tak kisah walaupun komen anda cam taik sekalipun.







Cerita menarik tentang kelab ni dalam majalah Kereta dan Putera Racing keluaran January 2008.

djenrelle syndictes

No comments:

Post a Comment